Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997

Bacaan Terkini IPU Jerebu 25 Oktober 2015 Malaysia

$
0
0

Bacaan semasa dan terkini IPU jerebu pada Ahad, 25 Oktober 2015 di Malaysia. Pelabuhan Klang mencatat bacaan IPU tertinggi setakat jam 9 pagi ini, menurut portal Jabatan Alam Sekitar (JAS).

Kualiti udara di Pelabuhan Klang merekod bacaan IPU tertinggi iaitu 134 diikuti Shah Alam (126), Banting (118), dan Pasir Gudang (111).

Sementara itu, 37 kawasan telah merekodkan bacaan IPU sederhana.

Hanya dua kawasan direkodkan sebagai kawasan sihat iaitu Limbang di Sarawak dengan bacaan 44 diikuti ILP Miri dengan 50.

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategori sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (bahaya).

Orang ramai boleh merujuk portal http://apims.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa.

Bacaan IPU pada 25 Oktober 2015 mulai jam 12.00 tghmalam sehingga 5.00 pagi. Bacaan IPU pada 25 Oktober 2015 mulai jam 6.00 pagi sehingga 11.00 pagi.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997