Biodata Mundzir Abdullah pelajar UTM dapat PHD (Doktor Falsafah) pada usia muda. Nama Mundzir Abdullah kini trending di laman sosial apabila telah dapat gelaran PHD atau Doktor Falsafah pada usia paling muda iaitu seawal 23 tahun. Untuk info, kejayaan Dr Mundzir Abdullah turut diiktiraf dalam Malaysia Book of Records (MBOR) mengatasi rekod Dr Hazzirah Izzati Mat Hassim, juga lepasan UTM dari Kelantan, yang muncul graduan PhD termuda pada usia 24 tahun, tahun lalu.
Biodata Mundzir Abdullah Terima PHD Paling Muda Di Malaysia
Nama Penuh: Mundzir bin Abdullah
Tarikh Lahir: 25 November 1991
Umur: 23 Tahun 5 bulan
Asal: Skudai, Johor
Pekerjaan Terkini:Pensyarah UTP
Bidang: Sains Fizik
Tajuk Tesis Phd: “Analysis of Laser Surface Alloying on Aluminum”
Punca Utama Mundzir Abdullah Terima PHD Usia Muda
Mundzir Abdullah dianugerahkan gelaran PHD selepas berjaya membuat penyelidikan dalam bidang aplikasi laser dengan mengkaji satu teknik pengaloian permukaan laser dengan menggunakan kaedah baharu. Beliau bersama penyelia berjaya memperkenalkan teknik baru dalam penentuan kondisi optimum bagi beberapa parameter pemprosesan berbanding situasi kebiasaannya.
Kronologi Sejarah Pendidikan Mundzir Abdullah
- Mundzir Abdullah adalah anak ke-6 daripada 11 orang adik beradik. Beliau telah dilahirkan di Skudai, Johor pada bulan 25 November 1991.
- Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Kangkar Pulai dan kemudiannya Sekolah Menengah Kebangsaan Pulai.
- Setelah mendapat kejayaan cemerlang semasa PMR, beliau menyambung pengajiannya di MRSM Mersing dan sejali lagi berjaya cemerlang semasa SPM.
- Mundzir kemudiannya berjaya menamatkan pengajiannya di bidang fizik dengan mendapat kepujian kelas pertama pada 2012 ketika berusia 20 tahun.
- Dr Mundzir sekali lagi berjaya mencipta sejarah dengan kejayaannya mendapat ijazah PhD ketika berusia 23 tahun dan 5 bulan. Ini merupakan sejarah buat negara Malaysia.