Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997

‘Pasti Syurga Itu Tempatmu Anakku’

$
0
0

Kehilangan orang yang tersayang bukan satu perkara mudah untuk dilalui, malah mungkin menjadi pengalaman paling pahit dalam kehidupan seseorang.

Begitu yang terjadi kepada pemilik Facebook dengan nama Mohammad Naim bin Abdullah ini.

Justeru tidak hairanlah, status luahan hatinya selepas pemergian anaknya mengundang simpati netizen.

Melalui status berkenaan, Naim berkongsi bagaimana kegembiraan yang dirasai apabila bayinya selamat dilahirkan, menjadi satu kesedihan yang tidak terhingga apabila si comel itu pergi menghadap Illahi hanya selepas sehari dilahirkan.

warkah buat anakku ☺muhammad adam fawwaz bin mohammad naim21.10.2015, rabu 4.00 petang,,,,dapat panggilan telefon …

Posted by Mohammad Naim Bin Abdullah on Saturday, October 24, 2015

Lebih menghibakan, anak yang diberi nama Muhammad Adam Fawwaz itu dilihat sihat dan tidak punya sebarang masalah kesihatan ketika dilahirkan.

Biarpun sedih, namun Naim mengakui dia tetap bersyukur kerana punya seorang anak yang dijanjikan syurga.

Adam dilahirkan pada 21 Oktober 2015, dan meninggal dunia pada 22 Oktober 2015.

Dalam status itu, Naim tidak menjelaskan punca anaknya itu meninggal.

Status itu menerima lebih 51 ribu likes dan lebih 16 ribu perkongsian.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997