Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997

Pemandu Myvi Dedah Cerita Sebenar Kes ‘Mat Saleh’ Gangster

$
0
0

Pecahkan cermin kereta sememangnya satu kesalahan, namun sikap warga asing yang memaki dan mencaci serta berlagak kononnya mereka mengenali pegawai polis yang berkuasa membuatkan rakyat Malaysia benar-benar marah.

Semalam video seorang lelaki warga British yang menunggang motosikal berkuasa tinggi memecahkan cermin kereta seorang pengguna jalan raya tersebar di media sosial.

Difahamkan, kejadian itu berlaku kerana penumpang kereta terbabit didakwa menunjukkan isyarat lucah pada lelaki British itu. Bagaimanapun, pemandu kereta terbabit menafikan dakwaan itu.

“Dia nak potong semasa selekoh, kereta ini terhimpit sikit. Selepas itu, dia mencarut dan member aku tunjuk jari telunjuk serta suruh aku berjaga-jaga. Lelaki itu kemudian memotong kereta kami semula dan memberhentikan keretanya di hadapan kami.

“Dia tumbuk cermin depan sampai pecah sebelum menyuruh saya membuka tingkap sisi. Bila tidak dibuka, dia hentam sampai pecah. Dia juga memanggil rakan-rakannya turun untuk mengertak kononnya mahu memukul kami,” kata Iqram, pemandu kereta jenis Perodua Myvi itu.

Menurut the hypermedia pula, pada screenshot perbualan WhatsApp seorang individu yang dipercayai terbabit dalam insiden itu juga mendakwa lelaki British itu sengaja menimbulkan kekecohan.

“Tak ada puncanya, dia saja nak bergaduh. Dia sengaja pintas kereta Iqram, block kereta dan paksa kereta berhenti. Kalau kereta tak berhenti, memanglah akan langgar motor dia tu.

“Yang geramnya, betina Filipina itu dengan loghat Filipinanya kata dia anak Duta. Dia juga kata ‘You messed up with wrong people’, sama seperti apa yang dikata oleh lelaki British itu,” katanya yang turut mendakwa lelaki terbabit menghina Melayu selain dari menghina negara dan juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dakwa individu terbabit, lelaki itu juga mengancam akan membawa kes itu ke mahkamah selain mengugut bunuh mereka.

“Dia kata dia ada cable kuat. Dia sebut nama pegawai polis yang mereka kenali,” katanya.

Insiden itu, di mana polis berkata, berlaku dekat susur keluar lebuh raya di Universiti Putra Malaysia (UPM) pada kira-kira pukul 6.30 petang, berakhir tanpa penahanan.

Lelaki warganegara United Kingdom ini mengaku tidak bersalah atas dua tuduhan yang dikenakan keatasnya.

Lelaki tersebut, Mc Gruer Kenneth George, 40, seorang pengarah di sebuah syarikat Agensi Pekerjaan didakwa atas kesalahan membuat ugutan jenayah dan menakutkan secara jenayah.

Majistret Aina Azahra Ariffin kemudian memutuskan Mc Gruer diikat jamin RM500 bagi setiap dakwaan yang dikenakan. Atas pertimbangan, majistret tidak mengarahkan pasport lelaki berkenaan dirampas.

Sebutan semulakan ditetapkan pada 4 Disember depan.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997