Berita palsu kes bunuh dan rogol di jalan Cenderawasih Tungku di Felda Sahabat Lahad Datu Sabah. Menerusi laman sosial facebook, seorang pengguna laman sosial dengan nama “SelmaSaad Yasin” telah mencetuskan hura-hara apabila menyebarkan beberapa keping foto yang mendakwa seorang wanita telah dirogol dan dibunuh sebelum dicampak di tepi jalan.
Tambah kenyataan itu lagi, mangsa kononnya menaiki kereta sapu (grab car) sebelum dibunuh.
Bagaimanapun, hasil siasatan mendapati insiden berkenaan berlaku di Brazil dan bukan di Lahad Datu.