Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997

Limosin Rajinikanth: ‘Kami Dah Bayar RM2000’– Penyewa

$
0
0

Kedatangan pelakon lagenda, Rajinikanth ke Malaysia menjadi sedikit kecoh dengan isu limosin yang digunakan untuk mengambil pelakon terbabit.

Dua perkara yang menjadi isu adalah pelekat Hello Kitty yang ditampal di kereta mewah itu dan juga isu penggunaan limosin terbabit yang dikatakan tidak mendapat kebenaran pihak yang sepatutnya.

Memetik laporan dari Astro Awani, perjanjian awal menyatakan limosin itu sepatutnya membawa pelakon itu dari KLIA ke Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur sahaja. Namun pemandu kereta limosin itu dikatakan dipaksa menghantar Rajinikanth terus ke Melaka.

Pihak syarikat sewaan limosin terbabit, Hyper Luxury Car.com kemudian membuat laporan polis berkenaan perkara itu yang didakwa ‘dirampas’ pada Selalu lalu.

Bagaimanapun, pihak penyewa limosin berkenaan, Malik Streams Sdn Bhd menjelaskan perkara ini tidak sepatutnya menjadi isu kerana pihakya telah membayar RM2,500 untuk limosin tersebut.

Tambahnya juga, perkara itu(rampasan) tidak logik memandangkan mereka dieskort oleh polis semasa dalam perjalanan ke Melaka.

Mengenai isu pelekat Hello Kitty pula, pihak Malik Streams Sdn Bhd berkata mereka pada mulanya mahu menampal stiker filem baru lakonan Rajinikanth’s, Kabali, namun syarikat sewaan kereta terbabit berkata sekiranya stiker itu merosakkan cat kereta, pihak penyewa akan menanggung kos baik pulih.

“Jadi, kami buat keputusan untuk tidak meletakkan apa-apa stiker pada kenderaan itu”, kata Pengarah Urusan Malik Streams Sdn Bhd Abdul Malik Dasthigeer.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997