Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997

(Video) Nahas Pesawat Rusia: Militan IS Dakwa Tembak Jatuh Airbus A321

$
0
0

Kumpulan militan Negara Islam (ISIS) mendakwa mereka telah menembak jatuh pesawat Airbus A321 Russia yang terhempas di kawasan pergunungan di Hassana, Sinai, di Mesir, semalam.

Dakwaan itu dibuat menerusi satu kenyataan di laman web Aamaq yang bertindak sebagai media separa rasmi ISIS.

“Para pejuang ISIS sudah mampu menjatuhkan sebuah pesawat Russia di Sinai yang membawa lebih dari 220 tentera Russia. Semua penumpang terkorban,” kata kenyaatan tersebut.

Kenyataan itu turut disertakan dengan sebuah video rakaman sebuah pesawat dipercayai A321 ditembak menggunakan peluru berpandu dan kemudiannya meletup di udara.

Bagaimanapun, ketua jawatankuasa pemantau nahas Mesir, Ayman Al-Mokadem memaklumkan punca pesawat A321 itu terhempas disebabkan masalah teknikal.

Al-Mokadem berkata, kapten pesawat berkenaan ada memaklumkan mengenai kegagalan teknikal yang dialami pesawat itu kepada pengawal trafik udara (ATC) Mesir, sebelum ia dilaporkan hilang daripada radar.

Katanya, juruterbang pesawat juga cuba melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Al-Arish di utara Sinai, sebelum nahas itu.

Dalam perkembangan terkini, kotak hitam milik pesawat malang itu telah ditemui dari ekor pesawat dan telah dihantar untuk dianalisis oleh pakar.

Pasukan penyelamat juga sudah berjaya memindahkan 129 mayat dari lokasi kemalangan untuk dibawa ke rumah mayat di Kaherah.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997