Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997

16 Tahun Bersama, Kajol Dedah Sikap Sebenar Suami

$
0
0

Bintang Bollywood, Kajol baru-baru ini membuat pendedahan eksklusif mengakui bahawa suaminya juga seorang pelakon dan pengarah, Ajay Devgan seorang yang panas baran.

Menerusi temubual eksklusif bersama The Anupam Kher Show, aktres Kuch Kuch Hota Hai ini menjelaskan dia tidak pernah sama sekali cuba melawan atau menimbulkan provokasi setiap kali suaminya berada dalam keadaan marah.

“Jika suami sedang marah-marah di rumah, semua orang akan cuba menyembunyikan diri. Lebih kasihan sesiapa yang ada bersama Ajay pada waktu itu pasit akan menjadi mangsa untuk dia melepaskan geram,” jelas Kajol.

Walaupun sudah mendirikan rumah tangga hampir 16 tahun, Kajol tetap setia dan mampu mempertahankan hubungan sebagai suami isteri dengan Ajay Devgan.

Kajol dan Ajay menjalinkan hubungan cinta pada tahun 1994 sewaktu mereka bekerjasama dalam filem Gundaraj. Lima tahun kemudian mereka memutuskan untuk bernikah dan kini dikurniakan dua orang cahaya mata, Nysa dan Yug Devgan.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997