Polis meminta kerjasama orang ramai bagi mengesan dua wanita untuk membantu siasatan berhubung rakaman video kes pukul seorang wanita berusia 22 tahun di Wakaf Mek Zainab di sini yang viral di laman sosial baru-baru ini.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, wanita pertama dikenal pasti sebagai, Putri Nor Shasha Sharmila Zamri atau Mokbiey beralamat di Pengkalan Baru, Beris Kubur Besar, Bachok.
“Wanita kedua ialah Nur Asniza Che Abdul Azizi atau Nija menetap di Kampung Budi, Tawang, Bachok. Kita percaya kedua-dua mereka ini masih bersembunyi di sekitar Kelantan.
“Walaupun kita menganggap kes tersebut sebagai selesai, namun pihak polis giat mengesan kedua-dua wanita berkenaan untuk melengkapkan siasatan,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini hari ini.