Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997

Gegar Vaganza 2: Ezlynn & Zul Handy Black Tersingkir

$
0
0

Program Gegar Vaganza 2 (GV2) menyingkirkan dua peserta sekaligus pada konsert minggu ketiga yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) malam tadi.

Ezlynn dan Zul Handy Black menamatkan persaingan pada minggu bertemakan 360 Ada Beran, apabila kedua-duanya mendapat markah terendah dari dua juri tetap dan seorang juri jemputan di belakang 10 peserta lain.

Juri tetap GV2 ialah Datuk Ramli MS dan Datuk Khatijah Ibrahim manakala Datuk M Nasir adalah juri jemputan pada minggu ini.

Zul yang ditemui selepas prorgram itu berkata, beliau menerima keputusan itu dan telah bersedia sejak minggu pertama lagi. Malah baginya, penyertaan dalam GV2 dianggap peluang untuk mengadakan persembahan bersama rakan lama.

“Saya gembira dan menyertai pertandingan ini bukan mengejar kemenangan sebaliknya ia adalah peluang bermakna membuat persembahan berasama rakan lama,” katanya yang mendendangkan lagu Ku Menunggu nyanyian asal Rossa.

Ezlynn yang menyanyikan lagu Kuda Hitam, pula menjadikan penyertaan dalam GV2 sebagai peluang untuk membuat kemunculan semula dalam industri muzik tempatan.

“Ini bukan penamat bagi saya, saya akan terus ada dalam industri muzik dan kita akan pasti jumpa lagi,” katanya yang aktif sebagai penunggang basikal profesional.

Pengurus Saluran Astro Ria, Raqim Ahmad berkata, keputusan menyingkirkan dua peserta sekaligus itu dibuat hasil persetujuan antara pihak produksi dan juri.

Beliau berkata, kesemua peserta sudah diberikan peluang membuat persembahan terbaik selama dua minggu sebelum ini tanpa penyingkiran.

“Mereka dinilai oleh juri profesional sepenuhnya dan keputusan dibuat setelah peluang diberikan secukupnya,” katanya.

Sepuluh peserta yang tinggal bakal bersaing dalam minggu keempat Ahad ini bertemakan Berdua Lebih Baik iaitu secara duet dengan penyanyi undangan.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997