Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997

Nama “Muhammad” Kini Nama Paling Popular Di Britain

$
0
0

Nama Muhammad merupakan nama paling popular di London dan menjadi pilihan untuk bayi yang baru dilahirkan sejak tiga tahun berturut-turut.

Muhammad iaitu nama sempena Nabi Muhammad S.A.W itu paling popular, namun ia dieja dengan abjad berbeza iaitu Muhammad, Mohammed dan Mohammad.

Sejak 1999, nama bayi yang diberi nama Mohammed, telah meningkat lebih daripada separuh.

Nama pilihan lain iaitu Harry dan Jack, telah menduduki senarai 100 nama pilihan untuk bayi lelaki dalam rekod Jabatan Pendaftaran.

Selain nama Harry dan Amelia yang turut menjadi nama pilihan pada tahun lepas, nama lain yang turut serta ialah Hugo, Sonny dan Seth untuk lelaki.

Manakala nama Ivy, Darcey, Tilly dan Violet juga merupakan nama popular untuk kanak-kanak perempuan.

Sementara nama seperti Ashton dan Reece untuk lelaki serta Nicole dan Kayla untuk perempuan telah terkeluar daripada 100 senarai nama pilihan pada tahun ini.

Menurut pengasas kelab keibubapaan, Bounty.com, Lisa Penney, biarpun selebriti menamakan anak-anak mereka dengan nama yang pelik, namun ibu bapa lain lebih suka memberikan nama kepada anak mereka dengan nama tradisional dan mudah disebut.

“Kita melihat trend nama untuk orang tua ini semakin meningkat.

“Beberapa tahun lalu, nama Ava dan Isla jarang didengar untuk bayi perempuan, namun kini nama itu menduduki tangga 20 teratas,’’ katanya.

Incoming search terms:


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997