Pengacara dan personaliti televisyen, Nadia Annuar bakal mendirikan rumah tangga pada pertengahan November ini bersama pilihan hatinya yang dikenali sebagai Hafiz yang juga merupakan seorang jutawan muda dalam perniagaan jualan langsung.
Memetik laporan Utusan, Nadia berkata dia dan lelaki itu sudah mengikat tali pertunangan pada bulan lalu.
Bagaimanapun Nadia tidak mahu mendedahkan tarikh sebenar majlis pernikahannya.
“Sebelum ini saya pernah bercinta lama, tetapi tidak ke mana juga. Jadi bila berkenalan dengan Hafiz, kami belajar tentang apa yang kami mahu dalam hubungan ini. Tidak perlu lama-lama bercinta dan ambil keputusan untuk berkahwin lebih cepat,” jelasnya.
Nadia sebelum ini pernah dikaitkan dengan penyanyi dari Indonesia, Sammy Simorangkir.