Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997

(Video) ‘Kalau Tak Tahan Hidup Di Bandar, Balik Kampung Tanam Jagung’– Menteri

$
0
0

Jika rakyat tidak tahan dengan tekanan hidup di bandar akibat harga rumah, hospital, masalah gelandangan, kesesakan jalan raya dan lain-lain lagi, rakyat disarankan supaya membuat “Reverse Migration” iaitu pulang ke kampung tanam jagung dan cili.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan, berkata demikian apabila melihat rakyat kini merungut kerana menghadapi tekanan hidup di bandar.

“Jika mereka mahu pulang ke kampung, saya adalah Menteri Kesejahteraan Bandar yang paling gembira di dunia, pulang ke kampung, besarkan anak di sana,” katanya.

Menurut beliau, jika diikutkan kampung kini sudah maju kerana mempunyai pelbagai kemudahan seperti jalan yang baik dan ‘line’ telefon 4G.

Menteri cadang rakyat balik kampung tanam jagung, tanam cili, jaga anak untuk elak kesesakan di bandar apatah lagi di kampung pun sudah ada 4G.

Posted by Wowberita (Official) on Wednesday, November 4, 2015


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997