Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997

‘Hisap Vape Kerana Suka-Suka Haram’– Ustaz Zaharuddin

$
0
0

Mereka yang tidak pernah merokok dan bukan perokok tegar, tetapi sekadar suka-suka dan mengikut trend menghisap vape, adalah haram dari hukum syarak.

Pengerusi Pertubuhan Muttaqa Asatiah dan Pendakwah Malaysia (Murshid), Dr Zaharuddin Abdul Rahman berkata, hukum haram bagi bukan perokok tegar menghisap vape berlandaskan kepada mudarat yang masih wujud padanya berdasarkan kajian-kajian saintifik sedia ada, khususnya pada kandungan nikotin.

Selain itu, hukumnya haram dengan keselamatan pada alat vape yang belum teruji sepenuhnya dan mencerminkan budaya serta imej tidak sihat serta akhlak tidak terpuji berdasarkan uruf setempat.

“Unsur mengganggu manusia lain dan persekitaran dengan asap dan bau masih wujud dalam penggunaan vape,” katanya mengulas mengenai isu vape melalui Facebooknya baru-baru ini.

Bagaimanapun, kata Zaharuddin, bagi mereka yang merokok dan menghisap vape sebagai ikhtiar untuk berhenti merokok, hukumnya masih boleh dibincangkan dan perlu mematuhi syarat-syarat tertentu.

“Mereka mesti punyai rancangan tempoh sehingga dia mampu terus berhenti vape juga akhirnya dan jumlah nikotin yang digunakan semakin berkurangan dari minggu ke minggu.

“Tidak mengubah alat vape dan cecairnya sesuka hati, tidak juga menggunakan bahan tiruan kerana mudaratnya mungkin boleh menjadi lebih besar,” katanya lagi.

Jelasnya, mereka juga perlu mematuhi syarat tidak bermain asap vape di tempat awam dan menghembusnya kepada orang sekeliling atau menghalang sesuatu fokus pemandangan yang penting seperti ketika memandu kereta.

“Pengguna vape juga perlu membuktikan kepada diri dan insan sekeliling bahawa penggunaan itu berjaya memulihkan beberapa mudarat sosial dan kewangan berbanding merokok biasa.

“Contohnya, hubungan keluarga semakin baik kerana bau yang tidak sebusuk rokok tembakau, kos bulanan untuk vape berkurangan berbanding kos dikeluarkan kerana merokok tembakau biasa serta kebersihan mulut semakin baik,” katanya.

Beliau juga berkata, mereka perlu mengurangkan kekerapan menghisap vape dari semasa ke semasa.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997