Senarai diskaun dan rebat tol lebuhraya sempena perayaan Deepavali 2015. Seperti sedia maklum, tarikh cuti umum bagi sambutan Deepavali atau pesta cahaya di Malaysia ialah pada Rabu 22 Oktober 2014. Bersempena dengan perayaan Deepavali, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menawarkan rebat dan diskaun tol sebanyak 20 peratus di beberapa lebuhraya yang terpilih.
Senarai Lebuhraya Rebat Tol 20 Peratus Sempena Deepavali 2015
- Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) kecuali Plaza Tol Bukit Kayu Hitam dan Bangunan Sultan Iskandar
- Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite)
- Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (LINKEDUA) kecuali Plaza Tol Tanjung Kupang.
Senarai Lebuhraya Diskaun 20 Peratus Sempena Deepavali 2015
- Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH)
- Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE)
- Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA)
- Lebuhraya Smart dari pukul 6 pagi Selasa (10 November) hingga 6 pagi Rabu (11 November).