Senarai rasmi laluan atau jalan alternatif untuk keluar dari Lebuhraya Karak-KL. Menerusi laman Twitter Lembaga Lebuhraya Malaysia LLM, dicadangkan laluan alternatif keluar dari Lebuhraya Karak-KL berikutan penutupan lebuhraya itu kepada lalu lintas ekoran kejadian tanah runtuh di KM52.4 berhampiran Lentang-Bukit Tinggi petang semalam.
Senarai Jalan Alternatif Keluar Dari Lebuhraya Karak-KL
Pengguna dari Pantai Timur ke Kuala Lumpur
- Keluar Plaza Tol Karak divert ke Karak – Pelangai – Bahau – Seremban – KL
- Bentong -Karak – Pelangai – Bahau – Seremban – KL
Pengguna yang telah terlepas ke Plaza Tol Bentong
- Buat pusingan U sebelum Plaza Tol Btg – Karak – Pelangai – Bahau – Seremban – KL
Pengguna dari Kuala Lumpur dan Pengguna yang telah terlepas sampai Lentang
- Buat pusingan U di Hentian Rehat Lentang – KL – Seremban – Bahau – Pelangai – Karak – LPT1