Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997

‘Siapa Kata Tujuh? Mungkin Lebih…’– Tengku Adnan

$
0
0

“Siapa kata ada tujuh sahaja (disiasat) dalam UMNO? Barangkali ada lebih (daripada itu),” kata Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Bagaimanapun, menurut Tengku Adnan, beliau mahu semua pihak agar bersabar dan tidak membuat sebarang andaian.

“Dulu saya cakap tujuh, mungkin ada lebih. Tunggulah,” kata Menteri Wilayah Persekutuan itu selepas menyampaikan Anugerah Inovasi Kementerian Wilayah Persekutuan Bersama Agensi di sini hari ini.

Tengku Adnan sebelum ini berkata kertas laporan siasatan ke atas tujuh individu dalam UMNO yang disiasat kerana mengeluarkan kenyataan yang tidak sepatutnya ‘dibuat di khalayak’ telah siap.

Pihaknya juga masih belum dapat membuat sebarang tindakan memandangkan ia perlu dirujuk terlebih dahulu kepada Majlis Presiden dan Lembaga Disiplin parti.

Beliau pada masa sama enggan mendedahkan nama tujuh pemimpin UMNO berkenaan.

Sebelum ini, Tengku Adnan merujuk tujuh pemimpin UMNO itu sebagai ‘anai-anai’ yang sedang merosakkan parti.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997