Sebuah video memaparkan sekumpulan murid sekolah rendah membuli seorang rakannya dengan memukul dan membaling barang ke arahnya di sebuah surau sekolah mula tersebar di laman sosial.
Kejadian tersebut dipercayai berlaku di sebuah sekolah rendah di Besut, Terengganu.
Video berdurasi 6 minit 29 saat itu dimuat naik melalui seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Nor Hazila.
Menurut Nor Hazila yang mendakwa sebagai ibu saudara mangsa, kejadian buli itu bukanlah pertama kali terjadi kepada mangsa, malah mangsa juga diugut agar memberikan duit kepada kumpulan murid tersebut.
Malah, mangsa diminta untuk tidak memaklumkan kepada sesiapa jika tidak mahu dipukul.
“Hanya berusia dari 10-12 tahun… dan untuk pengetahuan bukan satu kali ni je berlaku pada mangsa.
Lokasi biasa adalah di surau sekolah… Mentang-mentang mangsa berdiam. Korang main buli sepak terajang.
“Setiap hari mintak duit dari si mangsa. Kalo tak bagi, kene pukul. Setiap hari kena ugut suruh jangan bagitau sesiapa kalau tak kena pukul. Patutla mangsa sejak darjah 4,5 dulu asyik mintak tukar sekolah. Tapi tak mampu nak cakap sebab apa nak tukar sekolah,” katanya.
Dalam pada itu, menurut Nor lagi, mangsa juga pernah memberitahu pihak sekolah mengenai kejadian buli yang dialaminya namun tidak diendahkan malah mangsa dipukul lagi kerana membocorkan tindak tanduk pembuli.
“Cikgu sekarang banda berlaku kat sekolah pun tak ambil pusing. Sedangkan budak-budak sekolah rendah je… pelik. Hati ayah dan ibu mana tak terasa tengok anak kesayangan dipukul disepak. Selama ni mangsa pergi sekolah dengan ketakutan. Nak bagitau kat parents tapi tak berani.
Sementara itu, Balai Polis Besut memaklumkan pihaknya masih belum menerima laporan mengenai kejadian buli disekolah itu.
Kes buli budak sekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Panchor Jerteh Besut, Terengganu.Mohon pihak sekolah ambil tindakan segera. Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police )
Posted by Wowberita Dot Org on Sunday, November 15, 2015