Peserta Gegar Vaganza 2 (GV2), Nizam Laksamana yang tersingkir pada konsert minggu keenam program realiti itu, terkejut apabila dipelawa Datuk Seri Vida mengerjakan umrah pada hujung tahun ini.
Nizam berkata, sebaik sahaja konsert tamat, pengasas produk kecantikan Vida Beauty, Datuk Dr Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida menyatakan hasrat untuk menajanya ke tanah suci.
“Saya merasakan inilah kemenangan sebenar yang telah saya kecapi. Walaupun tersingkir, saya telah diberikan rezeki yang lebih baik.
“Sebaik sahaja Datuk Seri Vida memberitahu yang dia mahu menaja saya dan isteri mengerjakan umrah pada hujung tahun ini, saya terkejut dan tidak mampu berkata apa-apa.
“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada beliau kerana telah merealisasikan impian saya untuk menjejakkan kaki di tanah suci,” katanya.
Menurut Nizam sungguhpun gegarannya telah terhenti, dia tetap bersyukur kerana telah berjuang dan tidak menyerah kalah walaupun kondisi kesihatannya tidak mengizinkan.
“Sudah seminggu saya batuk dan demam dan tenaga saya untuk persembahan pada malam ini tidak mencapai 100 peratus, namun saya cuba berjuang dan buat sehabis baik.
“Saya juga sudah menjangkakan akan meninggalkan pentas GV2 pada malam ini dan tidak kecewa, sebaliknya menerima keputusan juri dengan hati yang terbuka,” ujarnya.
Dengan penyikiran Niza, kini tinggal lagi tujuh peserta untuk merebut gelaran juara yang akan membawa pulang wang tunai bernilai RM100,000 iaitu Nassier Wahab, Ezad Lazim, Acong Sweetchild, Haiza, Siti Nordiana, Azian Mazwan dan Faradhiya akan berentap pada minggu ketujuh GV2 bertemakan Rock Dangdut pada minggu hadapan.
#GegarVaganza Nizam Laksamana – Rindu Serindu RindunyaVideo lain: http://goo.gl/ovpzP9
Posted by Wowberita (Official) on Sunday, November 22, 2015