Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997

Tian Chua Dalang Pertemuan Nurul Izzah & Jacel Kiram – Zahid Hamidi

$
0
0

Naib Presiden PKR Tian Chua dipercayai menjadi dalang yang mengaturkan pertemuan pemimpin partinya dengan anak perempuan bekas ketua pengganas, Jacel H. Kiram.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Tian Chua bertanggungjawab menjalankan tindakan ‘cara halus’ untuk menghubungkan Kesultanan Sulu dengan pemimpin pembangkang di negara ini.

“Tian Chua, dia ialah orang di belakangnya, dia telah mengatur perjumpaan itu.

“Saya harap Tian Chua berhati-hati terhadap perbuatannya, Tian Chua harus lebih teliti dalam mengaturkan program pemimpin-pemimpin partinya,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau mengulas tindakan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar yang mengadakan pertemuan dengan puteri bekas ketua kumpulan pengganas itu.

Perkara itu mendapat perhatian netizen apabila Jacel memuat naik empat keping gambar bertarikh 9 November dalam akaun Facebook beliau berhubung pertemuannya dengan Naib Presiden PKR itu.

Tindakan Nurul Izzah mendapat kecaman pelbagai pihak kerana tidak menghormati rakyat Sabah khususnya mereka yang menjadi mangsa insiden pencerobohan pengganas Sulu di Kampung Tanduo, Lahad Datu pada Februari 2013.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid juga menegaskan tindakan Nurul Izzah itu boleh dikaitkan dengan perbuatan jenayah kerana soal kedaulatan negara tidak boleh di kompromi.

“Kita boleh berbeza pendapat, kita boleh meraikan perbezaan pandangan, soal kedaulatan negara, soal maruah negara, harus tiada kompromi ke atasnya,” katanya lagi.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997