Berikutan pendedahan yang mengejutkan dilakukan oleh seorang pengguna Facebook bernama Khairana Rahman mengenai layan buruk jururawat yang diterimanya ketika hendak bersalin di sebuah Hospital kerajaan sebelum ini, pihak hospital dilaporkan sedang membuat siasatan mengenai dakwaan berkenaan.
Dalam pos tersebut, Khairana telah memuatnaik 4 keping gambar yang memaparkan beberapa orang ibu mengandung terpaksa duduk diatas kerusi untuk menunggu sedangkan sudah terdapat bukaan untuk melahirkan anak, ada yang terpaksa tidur di lantai wad bersalin di hospital berkenaan dan lebih memeritkan dakwa beliau kata-kata dari jururawat yang berbunyi “Panggil lah suami dia ni, semak dah dengar darI tadi dok nak daddy, nak daddy!”.
Memetik laporan Malaysiakini, portal berkenaan telah menghubungi Pengarah hospital Datuk Dr Khalid Ibrahim untuk penerangan lebih lanjut mengenai kejadian berkenaan.
Menurut Dr Khalid, mereka kini sedang menyiasat dakwaan berkenaan yang dikatakan melibatkan beberapa kakitangan di wat tersebut yang didakwa bercakap kasar dan beliau berikrar akan membuat penambahbaikan.
“Kadang-kadang terlalu ramai (orang yang nak bersalin). Ia bermusim. Mengenai gambar tidur atas lantai itu tak betul kerana kami sediakan katil-katil yang rendah untuk menampung kerusi yang kami sediakan. Saya tak pasti gambar itu gambar bila dan akan buat siasatan.
“Mengenai cara soft skill kakitangan kami, kami sentiasa mengingatkan mereka dari segi soft skill. Mungkin ini isu terpencil dan akan buat siasatan dengan ketua Jabatan Obstetrik dan Ginekologi (O&G).
“Kalau ada kakitangan kami yang tak laksanakan etika kerja dengan betul, kita akan ambil tindakan dan penambahbaikan,” katanya.
Beliau juga menjelaskan, di hospital berkenaan terdapat lima wad bersalin dan wad kelas satu turut dibuka menjadi wad untuk menempatkan semua ibu bersalin.
“Jadi saya tak pasti (tentang tulisan di Facebook) sebab kami menyediakan katil mencukupi di dewan bersalin kami bila penuh.
“Kalau belum sakit, mereka menunggu di kerusi dan kalau dekat dengan rumah, kita nasihatkan balik rumah dan bila benar-benar nak bersalin datang ke hospital,” katanya.
Khalid berkata kadar kelahiran di hospital tersebut agak tinggi dengan kira-kira 50 orang satu hari dan dimana dari jumlah tersebut terdapat lapan hingga sepuluh kes yang memerlukan pembedahan untuk melahirkan bayi manakala 40 orang lagi bersalin secara normal.
“Ini bermakna, setahun kira-kira 13,000 orang. Kadang-kadang wad selepas bersalin dan wad sebelum bersalin agak penuh, ini disebabkan kelahiran yang ramai.
“Kalau wad penuh kita akan maklumkan penuh dan kalau masih nak bersalin di sini kami akan beri surat akujanji pada mereka. Kalau sanggup tunggu untuk dapat katil biasanya dalam 48 jam,” katanya lagi.
Sehubungan dengan perkara itu, beliua menasihatkan orang ramai supaya terus memaklumkan kepada pihak pengurusan hospital jika tidak berpuas hati dengan perkhidmatan layanan di hospital itu daripada “berbincang” di media sosial.
Dengan memuatnaik masalah ini ke midai sosial, dibimbangi ia akan mengundang perspektif negatif masyarakat terhadap perkhidmatan kerajaan.
“Saya rasa amat terkilan dengan posting itu kerana ternyata ada pihak juga yang memuji bilik bersalin kami. Bagaimanapun saya akan buat penambahbaikan kalau ada ruang yang tak baik.
“Kami juga akan hubungi pihak perhubungan pelanggan kami untuk dapatkan kepastian daripada gambar-gambar yang diviral itu. Penambahbaikan kita dah mulakan dari bulan Oktober 2014 selepas kita lihat trend pesakit nak bersalin semakin ramai,” katanya.
AWAS: KARANGAN PANJANG! Terbaca kisah org bersalin kt Hospital Kuala Pilah td. Terus teringat pengalaman i…
Posted by Khairana Rahman on Friday, November 20, 2015