Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997

‘Seronoknya Tinggal Di Brunei, Semuanya Murah & Ada Hudud’– Netizen

$
0
0

Sudah menjadi kebiasaan rakyat membayar cukai dan kos sara hidup yang tinggi di Malaysia tetapi situasi ini tidak berlaku di negara jiran kita Brunei di mana kos sara hidup di sana adalah jauh lebih murah.

Maka tidak hairanlah lelaki ini mengalami culture shock ketika berada di negara antara paling kaya di dunia itu.

Ching Foo, seorang perancang kewangan berkongsi pengalaman beliau ketika berada di Brunei Darul Salam.

Saya berada di Brunei untuk perjalanan dan belajar beberapa perkara yang menarik dari tuan rumah. Untuk pengetahuan, anda membayar 0% GST dan cukai!

1. Kos sara hidup yang sangat rendah (minyak murah, elektrik dan lain-lain).

2. Tiada pasaran saham tempatan diniagakan.

3. Boleh bertahan dengan B$1,000 di Brunei. Saya rasa ini macam analogi jika anda kumpul SGD tetapi tinggal di Taiping.

4. Bayaran sewa kediaman yang murah dan harga hartanah yang tidak membebankan rakyatnya.

5. Perbankan antarabangsa seperti HSBC akan keluar dari Brunei tidak lama lagi kerana mereka tidak mampu bersaing dengan bank tempatan yang ditaja oleh sultan yang mana menawarkan kadar faedah yang sangat rendah apabila membuat pinjaman.

6. Bekerja pada jam 10 pagi itu adalah normal. Ya, anda boleh mengatakan produktiviti mereka rendah dan pelahan. Jika prestasi anda lebih sedikit, anak benar-benar boleh mendirikan kehidupan yang baik di sini.

7. Kubah masjid di sini dibuat menggunakan emas tulen dan saya sendiri sudah melihatnya.

8. Ramai warga Bangladesh dan amat memahami. Maksud saya, kalaulah saya tahu dari dulu lagi, saya akan memilih untuk bekerja di Brunei berbanding di Malaysia.

9. Orang Sarawak yang biasa bekerja di Brunei, tiada masalah untuk mereka jika ingin menghantar anak belajar di UK.

10. Tak perlu kunci kereta. Kalau nak tinggalkan kunci dalam kereta pun tak mengapa kerana tiada orang yang akan mencurinya. Kenapa? Sebab hukum hudud. Jika didapati bersalah mencuri, jari akan dipotong.

11. Jika anda bujang, jangan memandu dengan penumpang di sebelah juga adalah wanita bujang kerana anda boleh dianggap sebagai berkhalwat. Jika ditangkap, anda akan dipaksa untuk berkahwin dengan wanita terbabit. Dengan cara ini, hukuman bagi zina rejam sampai mati hukum hudud juga!.

NOTE: Pls follow my FB page @ https://www.facebook.com/lieucf instead of adding me. You can get more useful and thought…

Posted by Ching Foo on Thursday, November 5, 2015


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997