Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997

Charles Morais Tidak Bertanggungjawab, Pengecut – KPN

$
0
0

Tindakan Charles Suresh Morais yang melarikan diri selepas membuat tuduhan terhadap pemimpin negara merupakan satu tindakan yang tidak bertanggungjawab.

Ketua Polis Negara, Tan Seri Khalid Abu Bakar menyatakan pihaknya kini dalam usaha untuk menjejaki adik kepada mendiang Anthony Kevin Morais.

“Dia (Charles) merupakan manusia yang tidak bertanggungjawab dan pengecut. Selepas membuat sidang media, terus melarikan diri.

“Ini orang yang hendak buat pukul curi, dia buat tuduhan kemudian cabut lari. Kalau berani cakap, berani tanggunglah,” ujarnya dalam sidang media di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) pada pagi Sabtu.

Dalam pada itu, Khalid juga menyatakan Suresh akan ditahan di bawah Kod Prosedur Jenayah (CPC) 202 Akta Kanun Keseksaan 124L iaitu kerana cubaan untuk melakukan sabotaj.

Mengulas lanjut, Khalid menyatakan pihaknya akan memanggil peguam Americk Sidhu bagi membantu siasatan mengenai dakwaan yang dibuat oleh Charles itu.

“Kita akan panggil peguam kepada Charles untuk membantu kita. Peguam dia kalau hendak bantu Charles boleh, dan kita hendak Americk pula membantu kita,” ujarnya lagi.

Pada masa sama, Khalid menjelaskan sehingga kini Datuk Richard Morais masih tidak akan dipanggil untuk disoal siasat.

“Kalau diperlukan kita akan panggil dia (Richard),” ujarnya.

Charles Morais didapati meninggalkan negara melaui Johor Bharu ke Atlanta, Amerika Syarikat (AS) pada Rabu selepas melakukan pendedahan mengenai akuan bersumpah (SD).

Beliau mendakwa pembunuhan abangnya Anthony mempunyai kaitan dengan kertas pertuduhan pihak timbalan pendakwa raya terhadap “pegawai kerajaan berpangkat tinggi”.

Charles juga membidas Jabatan Peguam Negara kerana didakwa mempermainkannya apabila bersetuju pada awal dengan bedah siasat kedua tetapi kemudiannya meminta mendapatkan perintah mahkamah.

Dia mendedahkan memiliki pemacu pena Kevin yang dihantar kepadanya melalui kurier sebelum mati.

Mayat Kevin ditemui dalam dram keluli bersimen dalam paya di Taman Subang Mewah, USJ 1, Subang Jaya, 12 hari selepas penculikan beliau pada 4 September.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997