Cikgu Razak yang terkenal dengan kisah berdikarinya hingga menjadi viral di media sosial pada Ogos lalu, selamat mengakhiri zaman bujangnya hari ini.
Malah, beliau dalam laman Facebook miliknya, hari ini berterima kasih kepada pengguna internet dan menyifatkan jodohnya itu secara tidak langsung adalah berkat doa orang ramai.
“Jika antara dari kamu adalah 14,000 follower (pengikut) yang membaca diari hidup saya tentang berdikari selama 14 tahun, kamu pasti ingat satu petikan dari kisah itu ‘kenapa tidak kahwin?’, jodoh saya dalam perjalanan.
“Alhamdulillah, hari ini (28 November 2015), jodoh saya telah sampai setelah menempuh perjalanan yang panjang. Saya selamat bergelar suami dengan sekali lafaz tepat jam 2.21 petang.
“Mungkin ini berkat doa dari 14,000 orang yang simpati dan teruja dengan kisah hidup saya. Terima kasih semua. Maaf tidak menjemput kerana pihak lelaki nanti buat majlis tertutup sahaja. Doakan kami,” katanya seperti yang dipetik dari laman Facebook miliknya.
Kisahnya itu mendapat sejumlah 44,185 ‘like’ dan turut dikongsi sebanyak 16,405 kali oleh pengguna Facebook.
14 tahun dah aku hidup sendiri.. berdikari.. Sejak mak ayah meninggal semasa aku masih di tingkatan 1.. Sakit aku…..
Posted by Razak Rahim on Tuesday, August 18, 2015
Kagum dengan kegigihan dan kepayahan hidup Cikgu Razak, rata-rata pengguna media sosial bersependapat bahawa tulisannya itu ditulis dari hati, tepat ke sanubari pembaca dan segala kepayahan yang dilaluinya itu berakhir dengan kejayaan bakal menjadi pengajaran buat generasi muda masa kini.