Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997

Isu Aurat: Hospital Damai Mahu Saman Naziah, PPIM

$
0
0

Bekas jururawat, Naziah Sauni Samat yang mendakwa diberhentikan kerja kerana memakai baju lengan panjang serta bertudung dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bakal berdepan dengan tindakan saman.

Damai Services Hospital (Melawati) Sdn Bhd memaklumkan kenyataan media yang dikeluarkan Naziah di Pejabat PPIM sebelum ini telah merosakkan imej hospital dan kakitangan mereka.

Pengurus Kewangan dan Sumber Manusianya, Regina Sundram berkata, pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan peguamnya pada Isnin ini bagi tindakan lanjut.

Katanya, orang luar hanya membuat tuduhan berdasarkan kenyataan sebelah pihak tanpa merujuk dan mendapatkan penjelasan sebenar dari pihak hospital.

“Sejak semalam (kelmarin), pihak hospital tidak berhenti menerima panggilan telefon bertanyakan hal berkenaan sehingga ada pihak yang mahu memboikot serta mengeluarkan kata-kata tidak sepatutnya.

“Bahkan laman sosial Facebook hospital turut dihujani pelbagai dakwaan dan kata-kata yang tidak baik sehingga memaksa kami menapis setiap komen pengguna sebelum disiarkan,” katanya yang dipetik Sinar Harian Online.

Mengenai dakwaan Naziah diberhentikan tugas kerana faktor pakaian, Regina menafikannya.

“Pihak hospital tidak pernah mengeluarkan sebarang surat rasmi berkaitan pemecatannya. Sebaliknya dia diberi surat yang mana kami memberi tempoh untuknya mematuhi peraturan hospital.

“Naziah bagaimanapun tidak hadir bertugas selama lima hari sejak 25 November tanpa sebarang penjelasan dan kami dianggap dia berhenti secara sukarela,” katanya.

Regina berkata, pihak hospital turut memberi ruang kepada Naziah untuk berfikir sama ada meneruskan kerja di situ atau berhenti sendiri.

“Naziah bagaimanapun hadir bertugas pada 30 November dengan memakai stoking lengan. Ia masih melanggari peraturan pemakaian hospital.

“Teguran dibuat, tetapi Naziah tidak mematuhinya sehingga tamat waktu bertugas. Kalau benar kami berhentikan Naziah, gajinya masih dibayar mengikut jadual,” katanya.

Jelasnya, hospital berkenaan sudah beroperasi sejak 1989 dan kini mempunyai seramai 120 kakitangan, 41 daripadanya beragama Islam.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997