Gara-gara salah faham dengan hashtag KimK yang dimuat naik oleh salah seorang peminat selebriti terkenal Malaysia, Nur Fazura Sharifuddin kehilangan 200,000 ribu pengikut di Instagram.
Bermula dengan komen dah hashtag ‘KimK‘ yang ditinggalkan oleh seorang wanita yang dikenali sebagai VII.Narza, Fazura terus bertindak menegur wanita itu dengan kata-kata pedas kerana menyangka ianya satu carutan.
Bagaimanapun, kejadian yang memalukan itu terus menjadi bahan jenaka oleh netizens yang tersebar di laman-laman sosial serta menyelar tindakan Fazura yang enggan memohon maaf di atas kejadian itu.
“‘Maaf’ kata yang paling susah nak diucap oleh manusia yang ego,” kata seorang pengguna Facebook, Wan Nurul Hani.
“Kalau terasa tak tahan peminat mengata tak payah jadi artis la. Semua tuntut 1 je minta maaf, tapi sampai sekarang tak ada. Lagi 1 sebab mengata mengaitkan sekali dengan berhijab, mana la orang tak marah.
“Ego tinggi melangit ni, mesti nanti tak ke mana. Patutnya peminat yang dimalukan la buat report polis, ni terbalik plak,” luah pengguna Facebook yang dikenali sebagai Nurulhuda Nurul.