Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997

Acu Pisau Pada Bapa, Derhaka Anak Akhirnya Dijel

$
0
0

Seorang anak bukan sahaja sanggup bergelut dengan bapanya sambil mengacukan pisau lipat, malah tergamak cuba membelasah bapa malang itu dengan penyapu selepas bengang ditegur berhubung aktivitinya yang menjadikan rumah mereka tempat melepak dan melepaskan gian dadah bersama rakan-rakan.

Bagaimanapun, perbuatan biadab Mohamad Aqrabin Mohd Yussof, 21, terhadap bapanya terbalas apabila dijatuhi hukuman penjara dua minggu dan didenda RM3,000 atau enam bulan penjara jika gagal menjelaskan denda.

Hukuman dijatuhkan Mahkamah Majistret, semalam.

Majistret Rozianti Mohamed Hanaphi membuat keputusan itu selepas Mohamad Aqrabin yang bekerja di sebuah premis proses ayam mengaku bersalah dengan sengaja telah melakukan ugutan jenayah menggunakan sebilah pisau lipat dan memukul dengan sebatang penyapu terhadap bapanya, Mohd Yussof Long, 59.

Dia mengaku bersalah melakukan kesalahan itu pada 29 April lalu, lebih kurang jam 7.30 malam, di kediaman mereka di Kampung Losong Atap Zin, di sini, di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Semasa kejadian, mangsa berada di rumah sebelum bertindak menegur Mohamad Aqrabin agar tidak lagi menjadikan rumah mereka sebagai tempat melepak dan tempat melepaskan gian menghisap dadah bersama rakan-rakan lagi.

Bagaimanapun, teguran itu menyebabkan Mohamad Aqrabin naik angin lalu mengeluarkan pisau lipat sebelum berlaku pergelutan di antara dua beranak itu.

Semasa pergelutan itu, Mohamad Aqrabin cuba memukul mangsa dengan penyapu sehingga penyapu berkenaan patah dua.

Namun, pergaduhan itu berjaya dileraikan isteri mangsa yang juga ibu kandung Mohamad Aqrabin.

Tidak cukup dengan itu, Mohamad Aqrabin turut merosakkan barangan di dalam rumah seperti meja, kerusi dan penyapu yang bernilai keseluruhan RM30.

Mohamad Aqrabin turut bertindak mengugut mahu memukul kereta milik mangsa kerana selepas kejadian, dia ada meminta wang daripada mangsa namun tidak diendahkan.

Incoming search terms:


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997