Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997

Kisah Lelaki Mualaf Jual Donat 10 Sen Tarik Perhatian Netizen

$
0
0

Kisah seorang lelaki yang menjual donut dengan harga 10 sen sebiji mula mendapat perhatian selepas kisahnya viral di media sosial baru-baru ini.

Muhammad Waliuddin Chua, 24, berkata, idea menjual donat dengan harga semurah itu tercetus selepas melihat kesukaran orang ramai memilih kuih kegemaran akibat faktor harga.

“Saya anggap ini sumbangan amal jariah saya kepada orang lain. Jika jual lebih daripada 10 sen sebiji, saya tidak boleh tidur malam apabila memikirkan mengapa perlu saya ambil untung berlebihan,” katanya dipetik Harian Metro.

Sejak kisah viralnya, Muhammad Waliuddin mengaku dirinya turut dilamar untuk berkahwin dan menjadi kekasih malah ada ibu-bapa yang mahu menjadikanya sebagai menantu.

“Saya terkejut kerana menerima permintaan untuk berkawan di laman sosial sehingga mencapai had selepas kisah saya ‘viral’ di FB. Ada yang menyuarakan hasrat untuk menjadi pasangan saya.

“Bagaimanapun, saya belum berfikir ke arah itu kerana perlu fokus kepada perniagaan ini,” katanya.

Muhammad Waliuddin yang memeluk Islam pada 2011 dari Flat Taman Maluri, Cheras, hanya memperoleh untung RM40 untuk 1,000 biji donat yang terjual.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997