Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997

‘Takkan Bersuara Untuk Rakyat Pun Dianggap Derhaka?’– KJ

$
0
0

Berikutan Tindakan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddi yang meminta pentadbiran Datuk Seri Najib Razak supaya tidak menaikkan lagi kadar tol dan beberapa kenaikan lain, nampaknya beliau sudah mula dikritik oleh ahli Umno yang lain dengan menyifatkannya sebagai tindakan populis.

Namun beliau dalam satu kenyataannya berkata, tindakan yang dilakukan beliau yang dianggap lawan ‘tauke’ bukanlah satu tindakkan populis tetapi untuk membuatkan Umno kembali popular dalam kalangan rakyat.

“Kadang kala membawa suara rakyat menuntut Pemuda membuat pendirian yang kurang disenangi sesetengah pihak. Ada kalanya ia menyebabkan kita menentang arus.

“Takkanlah usaha Pemuda menjadi utusan dan membawa fikiran dan suara rakyat pun dianggap menderhaka? Kalau begitu baik dijahit sahaja mulut kami,” katanya semasa merasmikan Perhimpunan Agung Pemuda Umno, hari ini.

Menurut beliau, tindakan Permuda tidak pernah populis dan mereka yang menuduh Pemuda sebagai populis ternyata tidak faham erti populis.

“Kalau Pemuda populis, kita sudah menabur kata-kata manis, menjanjikan bulan, bintang dan matahari sedangkan kita tahu ianya mustahil ditunai.

“Kalau hendak jadi populis, paling mudah Pemuda bantah sahaja cukai barang dan perkhidmatan (GST), bantah Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) bantah segala usaha menstrukturkan subsidi. Mudah tetapi tidak bertanggungjawab.Namun Pemuda tidak buat begitu, sebalikknya Pemuda menganjurkan forum untuk jelaskan semua isu-isu tersebut,” tegas beliau.

Menurut beliau lagi, selain itu Pemuda Umno juga menyertai debat dan berdepan dengan mahasiswa untuk menjawab segala persoalan dan rasa tidak puas hati.

“Kita tahu isu-isu seperti GST, penstrukturan subsidi, dan lain-lain perlu dibuat demi masa depan negara supaya cukup pendapatan kerajaan untuk meneruskan agenda pembangunan.

“Namun bila timbul isu yang menjadi buah mulut sebahagian besar rakyat kita, apakah Pemuda harus hanya pekakkan telinga dan membisu sahaja? Bila ada tuduhan berat seperti rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa, takkan kita diam tidak minta penjelasan?,” soalnya.

Khairy menegaskan, apabila menyatakan pendirian bukan bermaksud untuk menuduh tetapi untuk memperjelaskan keadaan dan menjernihkan semula imej kerajaan dan parti di mata rakyat.

“Ingat, rakyat yang menentukan masa depan politik kita. Kalau respon yang diberikan adalah jawapan yang tidak masuk akal, bagaimana penerimaan rakyat nanti? Kalau respon kita hanya mengejar dan menghukum pemberi maklumat tanpa menyiasat tuduhan yang serius, apa pula pandangan rakyat? Kalau respon kita seolah-olah mengganggu siasatan, apa yang rakyat akan rumuskan akhirnya?

Pemuda hanya mahu parti keramat kita kekal keramat, kekal memimpin. Untuk itu, parti kita perlu menang pilihan raya. Untuk menang pilihan raya, pemimpin kita mesti dihormati dan disegani oleh orang ramai. Sebab itulah kita bangkitkan isu-isu penting yang sudah lama bersarang di benak fikiran rakyat terutamanya orang muda,” katanya.

Katanya lagi, bukan susah untuk diterima dan menjadi popular di kalangan rakyat.

“Kalau ada tuduhan, jawab dengan cepat dan menyeluruh. Buktikan kita telus dan mengamalkan tadbir urus yang baik. Tunjukkan pada semua tidak ada apa yang hendak kita sembunyikan,” katanya.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997