Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997

Ibu Wira Lahad Datu Terkenang Sikap Prihatin Tunku Jalil

$
0
0

Sikap prihatin Tunku Laksamana Johor, Almarhum Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim menziarahi salah seorang anggota polis yang terkorban dalam tragedi berdarah di Lahad Datu pada 2013 lalu sentiasa dikenang keluarga anggota terbabit.

Malah, kenangan itu masih tersemat dalam ingatan Matrah Salim, 96, ibu kepada Allahyarham Sarjan Abdul Azis Sarikon.

Menurut Matrah, Allahyarham seorang yang cukup prihatin dengan rakyatnya dan sempat memujuknya reda dengan setiap ketentuan Allah.

Kunjungan putera raja itu ke kediamannya pada 2013 selepas mendengar kejadian menimpa anaknya yang terkorban ketika berjuang mempertahankan kedaulatan negara daripada pengganas Sulu di Lahad Datu, Sabah.

“Malah ketika kami bertemu di rumah, Tunku Abdul Jalil sempat memujuk saya supaya tabah dengan ketentuan Ilahi dan sempat memberitahu rakan karibnya turut terkorban dalam tragedi sama iaitu Koperal Mohd Azrul Tukiran.

“Tak sangka selepas beberapa tahun anak saya meninggal dunia, dia juga dipanggil Ilahi,” katanya ketika ditemui di Hospital Pakar Putra, di sini, semalam.

Sementara itu, anak Matrah, Suradi Sarikon, 60, berkata, ketika mendapat berita Tunku Abdul Jalil ingin ke kediaman ibunya, dia cukup terkejut dengan keprihatinan putera raja itu.

Ketika menziarahi, Tunku Abdul Jalil sempat beramah mesra dengan keluarganya dan paling diingati beliau mengetuai bacaan tahlil serta Yasin untuk arwah adiknya.

“Dalam kunjungan itu, Tunku Abdul Jalil melayan seolah-olah kami ini keluarganya sendiri walaupun itu kali pertama kami bertemu,” katanya.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997