Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) akan menaikkan harga kereta Axia G berkuatkuasa Januari tahun depan.
Kenaikan harga itu termasuk kos memasang penggerak sistem brek antikekunci (ABS) pada kenderaan itu.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh berkata, pemasangan ABS itu bertujuan untuk meningkatkan keselamatan kenderaan terbabit.
Kenaikan harga itu melibatkan tempahan yang dibuat dari 11 Disember lalu dan bakal menerima mulai Januari tahun depan dan bulan-bulan berikutnya.
Para pelanggan yang telah menempah Axia G antara 1 Oktober hingga 10 Disember lalu tetapi belum menerima kenderaan, Perodua akan menawarkan baucar dan token sebanyak RM500.
Harga Axia G bagi transmisi 1,000cc dijual dari harga RM32,127.16 di Semenanjung Malaysia manakala automatik pula dari RM35,127.15.