Seorang lelaki cemas apabila iPhone 6 miliknya meletup secara tiba-tiba di dalam poket seluarnya.
Dalam kejadian jam 11 malam itu, Muhammad Asyraf Daud cedera di paha akibat melecur.
“Selepas terdengar bunyi letupan yang agak kuat, saya terasa paha saya panas seperti melecur dan cepat-cepat ambil telefon berkenaan dan buang ke atas jalan.”
“Keadaan telefon tersebut ketika terbakar seperti asap vape dalam kereta yang tidak dibuka tingkap atau dalam kata lain berkepul-kepul keluar,” katanya ketika dihubungi.
Menurut Asyraf lagi, keesokan harinya dia telah pergi ke Mac City di Dataran Pahlawan untuk merujuk hal itu.
“Pihak Mac City bagitahu saya mereka akan cuba menyiasat kejadian ini kerana jika tiada kesan yang meragukan mereka akan ganti baru.”
“Saya sedikit tidak berpuas hati kerana kata mereka saya mungkin mengubah suai telefon yang saya beli awal Februari lalu menyebabkan kejadian tersebut berlaku sedangkan saya tidak pernah buka atau ‘baraikan’ telefon tersebut,” katanya.