Syarat dan kriteria kemasukan ke Tingkatan 4 bagi aliran Sains. Menerusi pekeliling rasmi yang telah diedarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, penetapan syarat baharu kemasukan aliran sains Tingkatan 4 ditetapkan berdasar keputusan peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3).
Syarat Baru Kemasukan Aliran Sains Tingkatan 4
- Murid mendapat sekurang-kurangnya gred B dalam Sains dan Matematik dalam keputusan PT3
- Murid yang mendapat gabungan gred A/C, B/C atau C/C dalam Sains dan Matematik, mendapat sekurang-kurangnya Band 4 dalam kedua-dua mata pelajaran tersebut serta berminat untuk belajar dalam aliran Sains berdasarkan Pentaksiran Psikometrik
- Kes Khas : Murid yang mendapat gabungan gred A/D, B/D atau C/D dalam Sains dan Matematik, mendapat sekurang-kurangnya Band 4 dalam kedua-dua mata pelajaran tersebut serta berminat untuk belajar dalam aliran Sains berdasarkan Pentaksiran Psikometrik.
- Murid yang dapat gred E dalam mana-mana matapelaran tidak layak masuk aliran Sains.