Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997

Borang Permohonan Kad Diskaun KTMB i-Card

$
0
0

Borang permohonan Kad Diskaun KTMB khas untuk pelajar. Pihak KTMB menawarkan diskaun tambang sebanyak 50 peratus kepada pelajar kolej atau universiti menggunakan kad diskaun KTM-i Card mulai 7 Januari 2016. Tempoh sebulan diberikan untuk mereka mendapatkan kad KTMB i-Card Student. Ini adalah sebagai langkah kawalan bagi mengelakkan penyalahgunaan tambang konsesi pelajar oleh mereka yang bukan pelajar institusi pengajian tinggi atau telah tamat pengajian.

Syarat Permohononan Kad Diskaun KTMB i-Card

  • Pelajar Kolej/Universiti di Malaysia.
  • Terbuka untuk semua warganegara.
  • Yuran tahunan RM30.00.
  • Surat pengesahan pelajar Kolej/Universiti mesti disertakan.
  • Tempoh sah guna kad adalah setahun dari tarikh permohonan atau setelah tamat pengajian.

Cara Memohon Kad Diskaun KTMB i-Card

  • Pemohon mesti mengisi Borang Permohonan KTMB i-Card.
  • Sertakan bersama surat pengesahan Kolej/Universiti.
  • Proses permohon boleh dilakukan di kaunter tiket KTMB di Aras 2, Stesen KL Sentral pada setiap Isnin hingga Jumaat dari jam 8.00 pagi hingga 8.30 malam.
  • Borang permohonan dan surat pengesahan pelajar/borang boleh dimuat naik di www.ktmb.com.my atau diperolehi di kaunter Kad Diskaun, KL Sentral.
  • Yuran dibayar secara tunai.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997