Seorang rakyat Malaysia terbunuh manakala seorang lagi cedera dalam kejadian letupan ‘boiler’ di kawasan industri petro kimia di Ruwais, Emiriah Arab Bersatu (UAE) malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam (1 pagi waktu tempatan), Mohd Shukri Sulaiman, 45, dari Besut, Terengganu maut manakala Zamri Mustafa mengalami cedera ringan dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa.
Selain itu, tiga lagi pekerja syarikat Abu Dhabi Polymers Company Ltd turut mengalami kecederaan ringan.
Pejabat Kedutaan Malaysia di UAE mengesahkan mengenai kejadian letupan itu sebentar tadi.