Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997

Isu PTPTN: Kalau Baki Gaji RM19 Nak Makan Apa?

$
0
0

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mungkin akan menarik balik kebenaran kepada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) membuat pemotongan gaji untuk kakitangan awam, sekiranya agensi itu masih melaksanakan pemotongan maksimum.

Presiden Cuecpacs, Datuk Azih Muda melahirkan kekesalannya apabila ada kakitangan awam yang dipotong gaji pada kadar maksimum yang disifatkan sebagai tidak wajar.

“Ada slip gaji kakitangan awam yang tinggal sampai RM19, nak makan apa nanti? Gunakanlah kuasa sebaik-baiknya.

“Cuepacs juga mengingatkan, kami tidak akan teragak-agak untuk menarik balik keputusan benarkan penjawat awam potong gaji mereka untuk bayar PTPTN,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Cuepacs 2015, semalam.

Azih turut mengingatkan PTPTN agar lebih bertimbang rasa terhadap kakitangan awam dalam melaksanakan pemotongan gaji agar kakitangan awam tidak terbeban dalam aspek kewangan.

Menurutnya lagi, ‎isu PTPTN adalah antara empat perkara yang menekan kehidupan kakitangan awam pada masa kini selain isu kenaikan kos sara hidup.

Berkaitan kos sara hidup, Azih menggesa Kementerian Perdagangan, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) campur tangan secara serius dalam isu kenaikan harga barangan, terutamanya barangan dan perkhidmatan yang telah diberi pengecualian daripada dikenakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

“Kami (Cuepacs) rasa kesal kerana kenaikan harga barang yang sepatutnya 0 peratus dalam GST, telah dinaikkan,” katanya.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997