Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997

Selepas Gegar Vaganza, Datuk Seri Vida Disaran ‘Selamatkan’ Bola Sepak Kelantan

$
0
0

Selepas berjaya menaja dan menjadi sebahagian daripada kejayaan beberapa program hiburan, nama Datuk Seri Vida kini disaran untuk menjadi penyelamat bola sepak di negeri Kelantan.

Peminat bola sepak tempatan umumnya mengetahui tentang kemelut yang melanda Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) pada musim 2015, terutama sekali berhubung isu perbelanjaan pasukan yang didakwa tidak diurus dengan baik.

Akaun Instagram rasmi pasukan Kelantan semalam memuat naik petikan kata-kata Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa, yang menawarkan sesiapa yang berkemampuan untuk tampil ke hadapan untuk memimpin persatuan tersebut.

TAWAR JAWATAN KEPADA YANG BERMINAT — "28 Disember ini adalah hari kongres Mesyuarat Agung KAFA diadakan. Hanya kongres yang boleh memutuskan perkara besar KAFA terutama hal jawatan. . "Justeru saya harap mereka yang berminat, jangan lepaskan peluang dan diharap akan ada yang sanggup tampil ke hadapan untuk mengambil alih tugasan di KAFA. . "Dan jika ada, bolehlah kita buat satu ketetapan dan resolusi pada 28 Disember ini untuk kita secara sukarela beri giliran kepada tenaga baru yang lebih mampu menguruskan bola Kelantan. . "Sebagai tugasan sukarela saya harap ramai yang sedia dan inilah masanya. . "Yang berminat boleh hubungi Su Agong KAFA, Dato Ismail Md Noor sebelum tarikh 28 Disember 2015. Salam hormat." . – Tan Sri Annuar Musa – 22 Disember 2015

A photo posted by TRWFC (@trwfc_official) on

Penyokong kemudiannya membanjiri ruangan komen dengan menyebut nama Datuk Seri Vida.

Ia menggambarkan keyakinan penyokong pasukan yang dikenali sebagai The Red Warriors (TRW) itu yang melihat Datuk Seri Vida sebagai figura yang berkemampuan memulihkan ‘poket’ KAFA.

Ia bukan satu perkara yang pelik memandangkan beliau merupakan antara ahli perniagaan yang cukup berjaya di Kelantan.

Selain Gegar Vaganza, beliau pernah menaja Anugerah Juara Lagu dan Pertandingan Dikir Barat Kebangsaan.

Datuk Seri Vida, atau nama sebenarnya Datuk Seri Dr. Hasmiza Othman, merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Vida Beauty Sdn.Bhd. yang mengasaskan beberapa produk kosmetik, antaranya Qu Puteh dan jus Pamoga.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997