Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997

Budak Sekolah Agama Langgan Pelacur Dicekup Sedang ‘Beraksi’

$
0
0

Seorang pelajar yang baru tamat pengajian di sekolah agama di Jordan ‘kantoi’ selepas dicekup ketika sedang melanggan seorang wanita warga asing di sebuah pusat urut di Klang, kelmarin.

Ops Noda yang dijalan sepasukan Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara, di tiga lokasi berasingan di Bandar Baru Klang dan Bukit Raja jam 9 malam.

Remaja berusia 16 tahun itu antara 15 pelanggan yang ditahan dalam operasi tersebut.

Siasatan polis mendapati remaja yang telah tamat pengajian pada Februari lalu datang ke premis tersebut secara sendirian.

Malah, difahamkan, remaja itu dua kali hadir ke premis terbabit.

Ketua Polis Klang Utara, Asisten Komisioner Mohd Yusoff Mamat berkata, pihaknya menahan remaja tersebut ketika sedang melanggan tukang urut wanita warga asing.

“Kita akan serah remaja berkenaan pada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) untuk tindakan lanjut,” katanya.

Sementara itu, lapan wanita warga Vietnam dan Filipina yang bekerja sebagai tukang urut dan gadis pelayan pelanggan (GRO) dicekup dalam operasi sama.

Katanya, dua warga tempatan serta dua lelaki warga asing disyaki penjaga serta pekerja turut ditahan.

“Siasatan mendapati premis berkenaan mengenakan bayaran perkhidmatan seks lingkungan harga RM110 hingga RM200.

“Kita rampas beberapa barang seperti tuala, minyak pelincir, kondom dan wang tunai,” katanya.

Kesemua ditahan dibawa ke IPD Klang Utara untuk disiasat.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997