Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997

Pemandu Teksi Dibunuh: ‘Arwah Ayah Pernah Diserang Jun Lalu’– Anak Mangsa

$
0
0

Pemandu teksi, Sudin Awang, 67, yang maut ditikam di persimpangan lampu isyarat Jalan Pasir Mas – Salor, di Kota Bharu hari ini pernah diserang oleh seorang lelaki pada Jun lalu.

Anaknya, Nazri Hanafiah, 25, berkata, pada ketika itu, ayahnya diserang ketika berhenti di persimpangan lampu isyarat berhampiran Balai Islam, Lundang di sini.

Katanya, sepanjang pengetahuannya, mangsa yang sudah memandu teksi lebih 30 tahun tidak pernah bermusuh dengan sesiapa.

“Sebelum ini arwah ayah pernah diserang lelaki di lampu isyarat berhampiran Balai Islam, Lundang di sini sekitar Jun lalu. Lelaki yang tidak dikenali itu cuba memecahkan cermin teksi ayah tetapi tidak berjaya.

“Saya berharap agar pihak polis dapat menjalankan siasatan lanjut untuk menahan suspek yang bertanggungjawab,” katanya ketika ditemui pemberita di Unit Forensik Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini hari ini.

Kejadian kira-kira pukul 2.30 petang itu berlaku ketika mangsa sedang memandu teksi jenis Proton Wira dengan membawa seorang penumpang lelaki datang dari arah Dewan Beta di sini.

Setibanya di lokasi kejadian, Sudin memberhentikan teksinya berikutan lampu isyarat tersebut dalam keadaan merah sebelum seorang lelaki memberhentikan motosikal dan bertindak memecahkan cermin di bahagian penumpang hadapan serta belakang menggunakan senjata tajam.

Semasa kejadian, persimpangan tersebut sibuk dengan trafik dan orang ramai hanya mampu melihat tindakan suspek tersebut.

Nazri memberitahu, dia me­ngetahui kejadian malang me­nimpa arwah ayahnya itu kira-kira pukul 3 petang selepas menerima panggilan daripada seorang jiran.

Katanya, sebaik sahaja me­ngetahui kejadian itu, dia terus menelefon kakaknya dan kemudian bergegas ke hospital.

Sementara itu, seorang lagi anak Allahyarham, Rosnani, 33, berkata, kali terakhir dia berjumpa dengan arwah ayahnya itu dua hari lalu ketika pulang ke kampung di Kampung Wakaf Lanas, Pasir Puteh.

“Arwah ayah seorang periang, namun berubah menjadi pendiam dan tidak banyak bercakap,” ujarnya.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997