Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997

‘Apa Yang Dilalui Abang Zulkifli Adalah Prosedur Biasa’– Peguam

$
0
0

Kisah seorang lelaki dengan nama Mohammad Zulkifli Ismail yang dilaporkan ditahan dan akan dituduh kerana didakwa membunuh perompak yang menceroboh rumahnya, mendapat perhatian warga media sosial.

Namun dari sudut perundangan, apa yang sedang dihadapi Zulkifli adalah satu prosedur biasa perundangan terutamanya apabila terdapat kes yang membabitkan pembunuhan dan kematian.

Itu yang dijelaskan oleh peguam, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz.

“Apa yang berlaku sekarang adalah prosedur biasa apabila adanya kes membabitkan kehilangan nyawa. Alasan Zulkifli tentang dia membela diri dan keluarga, hal itu perlu diperjelaskan sewaktu pembelaan nanti.

“Jika benar ia adalah kes mempertahankan diri, ia pasti akan diambil kira semasa proses perbicaraan di mahkamah,” katanya.

Beberapa portal media sebelum ini melaporkan Zulkifli ditahan selepas menikam mati seorang perompak yang juga penagih dadah, yang dikatakan memasuki kediamannya di Kerteh, Terengganu, awal Disember lalu.

Zulkifli pada mulanya dilaporkan ditahan reman selama 14 hari di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh, namun ditukar kepada Seksyen 304 kanun yang sama kerana membunuh tanpa niat, dan dibenarkan diikat jamin RM15,000.

Bagaimanapun, kejutan diterima Zulkifli dan keluarganya apabila dia dimaklumkan kesnya akan disebut di bawah seksyen 302 dan seksyen 326 kerana mendatangkan kecederaan.

Sebutan kes di bawah seksyen 302 bermakna pesalah boleh ditahan semula tanpa ikat jamin. Dan jika disabitkan kesalahan, pesalah boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati.

Perubahan seksyen, kata Khairul, adalah perkara biasa apabila terdapatnya keperluan dan penentuan seksyen kesalahan jenayah adalah tertakluk kepada Peguam Negara.

Peguam yang mewakili Zulkifli boleh membuat representasi kepada Peguam Negara untuk mengkaji semula kes atas alasan-alasan yang munasabah, seperti mempertahankan diri.

Khairul bagaimanapun enggan mengulas tentang faktor yang membuatkan penukaran seksyen berkenaan kerana tidak mengetahui kes itu secara mendalam, namun berpendapat mereka yang terbabit tentunya punya sebab untuk berbuat demikian.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997