Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997

Malas Membaca Punca Kes Zulkifli Disalah Tafsir

$
0
0

Sikap malas membaca dan hanya suka melihat tajuk berita menjadi punca kes Mohamad Zulkifli Ismail yang bakal didakwa di mahkamah kerana membunuh perompak disalah tafsir.

Perkara itu dinyatakan oleh seorang pengguna Facebook Syahrizzal Arfandy Adam melalui tulisan yang dikongsi di laman Facebook Friends of PDRM.

Menurut Syahrizzal, dalam isu berkenaan, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar telah menjadi mangsa apabila mendapat tohmahan ekoran mengeluarkan kenyataan yang disensasikan melalui tajuk berita.

Katanya, Khalid telah menerima pelbagai cacian ekoran daripada justifikasi orang ramai yang tidak faham dengan maksud dan penjelasan mengenai kes yang disebut dan kini masih diperingkat permulaan perbicaraan.

“Ramai yang malas membaca dan terus membuat justifikasi melalui tajuk sahaja.

“Akibatnya ramai yang tidak faham dan terus mencaci KPN dan seluruh anggota/pegawai pasukan Polis.
“Maksud sebenar KPN, untuk alasan mempertahankan diri, janganlah terus kepada membunuh, kerana kita tidak boleh bunuh sewenang-wenangnya,” Katanya.

Menurutnya lagi, kes yang sedang dihadapi oleh Zulkkifli itu belum lagi diputuskan oleh mahkamah dan perbicaraan mengenainya baru bermula.

Syahrizzal turut melahirkan kehairanan apabila ramai yang mengatakan bahawa Zulkifli dihukum gantung kerana mempertahankan diri sedangkan pihak Peguam Negara dan Pendaftar Kehakiman belum menghabiskan laporan yang sedang dibuat.

“Entah dari mana terlalu banyak andaian yang Zulkifli ke tali gantung,” tulisnya.

Dalam pada itu, Syahrizzal mengingatkan agar orang ramai mendapatkan maklumat sahih dan berkualiti terlebih dahulu dan tidak terlalu menggelabah dengan menghebahkan sesuatu yang mereka sendiri tidak tahu.

Katanya, mereka harus mendapatkan keseluruhan maklumat dengan membaca isi kandungan berita dan tidak sekadar melibat pada tajuk berita itu.

“Ada juga yang telah menulis laporan dengan lengkap, tetapi entah kenapa ramai yang memberikan andaian berlainan dengan apa yang ditulis.

“Penat penat je abang reporter tulis, headline jugak cukup buat pembaca ni,” tulisny lagi.

Zukifli ditahan kerana menikam mati seorang perompak yang juga penagih dadah yang cuba merompak rumahnya awal Disember lalu.

Dia bertindak demikian kerana mahu mempertahankan diri dan keluarganya. Dia kemudian menyerah diri di balai polis berdekatan.

Zulkifli kemudian direman selama 14 hari dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kemudian ditukar kepada Seksyen 304 membunuh tanpa niat dan dibenarkan ikat jamin sebanyak RM15,000.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997