Mayat seorang lelaki ditemui tergantung di sebuah pondok di Kampung Pulau Serai, Dungun semalam.
Menurut sumber yang merupakan rakan sekampung mangsa, lelaki yang dikenali sebagai Piju itu dipercayai mengalami masalah kemurungan sejak beberapa bulan yang lalu.
Mangsa dikatakan suka bersendirian dan sering dilihat berjalan-jalan di sekitar kampung sebelum ditemui tergantung kira-kira jam 11.00 malam semalam.
Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Dungun untuk bedah siasat.
Polis mengklasifikasikan kes itu sebagai kematian mengejut.