Pasukan bola sepak JDT berkemungkinan besar bakal berhadapan saman oleh jenama sukan utama dunia Nike berikutan penerbitan sebuah klip video promo JDT yang menyerupai klip video mereka pada 1998.
Klip video promo JDT Pelancaran jersi JDT yang diterbitkan beberapa hari lalu menampilkan para pemain, Jurulatih (Mario Gomez) dan pemilik kelab JDT, YAM Tunku Ismail (TMJ) mengambil sebahagian besar idea dan lakon layar klip video promo jenama Nike berjudul “Bored at Airport” yang dilakonkan oleh pasukan Brazil pada 1998.
Konflik mungkin menjadi lebih serius kerana pembabitan logo Adidas dalam klip video terbabit. Adidas merupakan musuh utama Nike dalam perniagaan pakaian sukan.
Sekiranya pihak Nike Asia melaporkan kepada Ibu Pejabat mereka, kita mungkin menyaksikan satu pertarungan Mahkamah yang maha besar di negara ini dalam beberapa bulan mendatang.