Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997

‘Subsidi’ Juga Dikira Pendapatan Isi Rumah – Menteri

$
0
0

Bantuan kerajaan berbentuk subsidi khususnya kepada golongan miskin merupakan pendapatan secara tidak langsung kepada pendapatan isi rumah.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, walaupun garis kemiskinan semasa agak rendah, namun pemberian subsidi dapat menyeimbangkan kos sara hidup semasa.

“Banyak subsidi yang diterima itu bukan dalam bentuk tunai atau pendapatan bulanan, (namun) ia adalah pendapatan secara tidak langsung kepada isi rumah.

“Walaupun garis kemiskinan itu rendah dan pendapatan itu RM600-RM700 (sebulan) tetapi pergi ke hospital percuma, pergi sekolah percuma,” katanya selepas Majlis Penyerahan Kenderaan dan Peralatan Kebombaan di Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Putrajaya, di sini, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar mendakwa garis kemiskinan sedia ada khususnya di bandar sudah ketinggalan daripada kos sara hidup semasa.

Nurul Izzah berkata, garis kemiskinan pada kadar RM4,000 setiap isi rumah yang diperjuangkan bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini menyumbang kepada 67 peratus undi popular di Kuala Lumpur pada PRU13 lalu.

Dalam pada itu, Abdul Rahman juga berkata kerajaan sentiasa komited untuk menyemak garis kemiskinan sedia ada agar mengikut keperluan semasa.

“Kita boleh menerima pandangan mana-mana pihak tentang garis kemiskinan itu.

“Tapi nak mengatakan garis kemiskinan ini tidak relevan 100 peratus pun tak betul,” katanya lagi.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997