Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997

‘Mustahil Serpihan Di Thailand Milik MH370’– Pakar Penerbangan

$
0
0

Serpihan yang disyaki bangkai pesawat telah dijumpai di bahagian pantai selatan Thailand pada Sabtu tidak mungkin milik pesawat Malaysia Airlilnes MH370 yang hilang hampir dua tahun lalu.

Pakar penerbangan, Greg Waldron, seorang pengarang urusan di Flightglobal berkata walaupun arus kuat Lautan Hindi boleh menolak beribu-ribu serpihan sejauh mungkin namun adalah mustahil serpihan dapat dihanyutkan ke seluruh Khatulistiwa hingga ke Hemisfera Utara.

BACA: Penemuan Bangkai MH370 Di Thailand Hanya Spekulasi – Menteri

“Tanda-tanda diserpihan yang ditemui di Thailand itu, ciri-ciri kejuruteraannya dan peralatannya jelas menunjukkan ianya ada kaitan dengan aeroangkasa, namun ia perlu diperiksa dengan teliti bagi menentukan tempat asalnya.

“Berkemungkinan juga serpihan aeroangkasa itu datang dari pelancaran roket angkasa dari arah timur India ke Teluk Bengal,” kata Waldron kepada Reuters.

Tambah Waldron, lokasi penemuan serpihan di Thailand itu akan dilihat tidak konsisten dengan lokasi kemunculan flaperon MH370 di Pulau Reunion, Perancis Julai lalu.

Serpihan besar kepingan logam melengkung berukuran kira-kira 2 meter lebar dan 3 meter panjang ditemui terdampar di wilayah Nakhon Si Thammarat.

BACA: Serpihan Disyaki Milik MH370 Ditemui Di Pantai Thailand

Nelayan di kampung tersebut kemudian telah membuat laporan kepada pihak berkuasa Pak Phanang untuk membantu mengenalpastinya.

Nelayan berkata ia mungkin telah berada di bawah laut untuk tempoh tidak lebih dari satu tahun, jika dilihat daripada teritip di atasnya.

Setakat ini tiada sebarang pengesahan rasmi bahawa bangkai itu milik pesawat hilang itu.

Manakala, jurucakap Pusat Penyelarasan Bersama Agensi (JACC), pihak berkuasa yang berpangkalan di Canberra, Australia yang menyelia pencarian antarabangsa MH370 sedang menunggu keputusan rasmi pemeriksaan bahan.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997