Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997

Pengerusi Nafi Kewangan Tabung Haji Kritikal‎

$
0
0

Pengerusi Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji), Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim menafikan agensi yang menguruskan dana jemaah haji Malaysia mengalami krisis kewangan.

“Tidak. Tidak benar,” katanya ketika diaju soalan oleh media sama ada dana Tabung Haji berada dalam keadaan sukar.

Enggan menggulas lanjut, Ahli Parlimen Baling itu menyatakan satu sidang media akan diadakan dalam masa terdekat bagi memperjelaskan mengenai situasi sebenar.

“Kami akan buat sidang media. Tabung Haji akan buat sidang media,” katanya di Lobi Parlimen, hari ini.

Sebelum ini, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menyeru orang ramai khususnya pendeposit Tabung Haji supaya tidak bimbang kerana agensi itu dalam keadaan baik.

“Jangan bimbang. Semuanya baik,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Beliau diminta mengulas surat yang dihantar Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang memberi amaran rizab Tabung Haji dalam keadaan negatif.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997