Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997

‘Tempat Ini Memang Kotor Tapi Dah Biasa Makan Di Sini’

$
0
0

Medan Selera Prima 2 tetap jadi tarikan pelanggan biarpun terima pelbagai aduan isu kebersihan

Kebersihan Medan Selera Prima Seksyen 2, Shah Alam sering mendapat rungutan banyak pihak.

Bagaimana medan selera tersebut tetap mempunyai tarikan dan pilihan pengunjung meskipun ada yang membangkitkan soal kebersihan?

Atas faktor harga dan kualiti makanan, medan selera di Seksyen 2 itu tetap dipenuhi pengunjung.

Sinar Harian membuat tinjauan untuk mendapatkan reaksi pengunjung dan peniaga selain jawapan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) berhubung kebersihan medan selera.

“Jujurnya tempat ini memang kotor tapi saya dah biasa makan di sini.” ‎ Itu kata salah seorang pelanggan Medan Selera Prima 2, Seksyen 2, Muhammad Shah Fizal Ramli, 22, ketika mengulas mengenai kebersihan medan selera berkenaan.

Bagaimanapun, Shah Fizal berkata, dia masih memilih makan di situ kerana faktor harga dan kualiti makanan yang ditawarkan.

“Tempat ini memang kotor tapi saya datang sini sebab makanan sedap dan harga juga murah.

“Lagipun saya dah biasa makan di sini dan tak berapa kisah sangat pasal kualiti kebersihannya,” katanya.

Penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM), Muhammad Aliff Mansor, 23, berkata, Medan Selera Prima 2 memang kotor tetapi dia tetap mengunjunginya kerana faktor harga dan rasa makanan di situ.

Katanya, sebagai pelajar, harga makanan yang murah dan sedap menjadi keutamaannya.

“Kalau nak ikutkan lantai itu kurang bersih sebab saya nampak melekit dan kotor macam tak di mop.

“Tapi sebagai pelajar, saya tak ada banyak pilihan selain makan di sini sebab harga makanan yang ditawarkan murah kalau nak dibandingkan dengan tempat lain,” katanya.

Seorang penduduk Seksyen 2, Muhammad Hanafi Samsudin, 19, pula berkata, Medan Selera Prima 2 pada dasarnya memang kotor tetapi tak bererti gerai di situ tidak mengutamakan kebersihan.

Katanya, masih ada gerai di situ yang menjaga dan mengutamakan kebersihan demi keselesaan pelanggan.

“Masih ada gerai yang bersih di situ tetapi pelanggannya tak ramai. Gerai yang kotor biasanya dikunjungi ramai pelanggan.

“Mungkin mereka tak ada masa nak bersihkannya sebab terlalu ramai pelanggan yang datang,” katanya.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997