Beberapa siri tweet daripada seorang pelajar Universiti Teknologi Nasional (UNITEN) sebelum bertemu ajal dalam sebuah kemalangan maut di Muadzam Shah semalam, menjadi perhatian netizen.
Allahyarham Muhammad Haziq Januddin, 23, sejak awal bulan lalu memuat naik beberapa tweet di akaun Twitter miliknya hingga membuatkan rakan, ahli keluarga dan netizen bertambah sebak mengikuti berita mengenainya.
Ada yang menyifatkan siri tweet itu menggambarkan seolah-olah Muhammad Haziq dapat merasakan masanya untuk ‘pergi’ sudah hampir tiba.
Ia bermula dengan tweet pada 1 Januari lalu.
Tahun bertambah. Makin dekat dah aku dengan kubur.
— انق وق دين (@pamanajiq) December 31, 2015
Haziq kemudiannya meluahkan kebimbangan tentang masa hadapannya.
Risaunya masa depan.
— انق وق دين (@pamanajiq) January 19, 2016
Ini disusuli dengan tweet ini pada 22 Januari.
Apesal rasa tak sedap hati ni. Hmm
— انق وق دين (@pamanajiq) January 22, 2016
Dan tweet terakhir Allahyarham pada 30 Januari menyatakan rasa berat hatinya untuk pulang ke kampus.
Dalam tak sukanya aku nak balik, bangun pagi dah di KL. Muadzam, mu tunggu aku pulang.
— انق وق دين (@pamanajiq) January 30, 2016
Muhammad Haziq dan bapanya, Janudin Sukardi, 55, maut selepas kereta yang dinaiki mereka bertembung dengan kenderaan lain di Kilometer 105.9 Jalan Kuantan – Segamat, sekitar jam 11 pagi semalam.
Laporan Harian Metro menyebut kemalangan berlaku apabila kenderaan yang dipandu Janudin cuba memotong sebuah kenderaan namun tidak berjaya, lalu bertembung dengan sebuah kereta Nissan Grand Livina dari arah bertentangan.