Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997

Deejay Era FM Diarah Mohon Maaf Isu ‘Cap Ayam’

$
0
0

Deejay Era FM iaitu Johan, Ray dan Hanif akan memohon maaf kepada juara Liga Perdana Sarawak berhubung komen ‘cap ayam’ dalam rancangan Johara Pagi Era minggu depan.

Ketua Pegawai Eksekutif Astro Radio Sdn Bhd (Astro Radio) Dr Jake Abdullah berkata beliau sudah memanggil deejay berkenaan semalam dan memberi amaran kepada mereka agar tidak lagi mengeluarkan komen negatif berkaitan mana-mana pasukan bola sepak di negara ini.

Kenyataan negatif itu dikeluarkan apabila Sarawak kalah 1-2 kepada Perak pada perlawanan Piala Malaysia baru-baru ini, dan deejay berkenaan didakwa memberi komen Sarawak menjuarai Liga Perdana dengan rekod tanpa kalah kerana pasukan itu bermain dalam liga yang mana semua pasukannya adalah ‘cap ayam’ atau tidak berkualiti.

Deejay berkenaan juga didakwa menyifatkan Sarawak sebagai pasukan yang tidak layak bermain dalam Piala Malaysia dan hanya boleh bermain di peringkat Liga Perdana.

Komen itu menimbulkan kemarahan peminat tempatan serta ahli politik di sini dan kebanyakan mereka melahirkan kekecewaan menerusi laman sosial Facebook dan Twitter serta menggesa program Astro itu diboikot selain timbul ancaman bunuh terhadap Johan dan Ray, jika mereka berkunjung ke Sarawak.

Pemantauan Bernama mendapati kebanyakan blog memulakan kempen bagi memboikot Era FM sebagai tanda protes jika deejay berkenaan enggan memohon maaf ketika mereka ke udara.

Ketika ini, dianggar lebih 500,000 pendengar Era FM, hitz fm serta My FM di Sarawak dan Sabah.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997