Pelakon Neelofa boleh berbangga kerana tudung berjenama Naelofar Hijabnya semakin mendapat tempat di serata dunia, sehingga ada yang memesan penghantaran secara pos.
Namun, kiriman terbaru Naelofar dikecam peminat Neelofa di laman sosial Instagram, semata-mata kerana pelanggan tersebut menetap di negara Israel.
Semalam, Neelofa memuat naik gambar butiran bungkusan yang akan dikirimkannya kepada pelanggan bernama Malak Sami Magadly Abu Hasna di Israel pada 27 Januari lepas.
Sehingga artikel ini ditulis, Neelofa sendiri belum mengeluarkan apa-apa kenyataan atau mungkin malas mahu melayan kerenah keyboard warrior yang tidak henti-henti mencari kesalahan orang lain.
Sebelum ini, Neelofa turut menarik perhatian rakan-rakannya kerana bertindak unfollow mana-mana akaun bagi mengurangkan negativiti di dalam hidupnya.